Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan adalah sebuah organisasi yang memberi perkhidmatan dalam
membangunkan industri ternakan kepada orang ramai. Laman ini merupakan satu saluran untuk memberi maklumat
mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan serta perkara-perkara yang memudahkan orang ramai berurusan
dengan Jabatan ini. Melalui laman ini juga kami dapat menyebarkan maklumat-maklumat mengenai Jabatan seperti
Misi, Visi, Objektif, Fungsi, Motto serta Carta Organisasinya.
Maklumat ini akan dikemaskinikan dari masa ke semasa untuk memastikan pelawat mengetahui perkembangan yang
berlaku dalam industri penternakan pada masa kini. Diharapkan dengan adanya laman ini kami boleh meneruskan
usaha-usaha bagi memajukan perkhidmatan ke tahap yang lebih cemerlang.
Saya juga mengalu-alukan pelawat untuk berkunjung ke Laman Web Jabatan bagi memberi cadangan, pandangan
serta maklumbalas yang positif dan membina melalui alamat email yang disediakan.
Akhir kata, adalah menjadi harapan agar laman Web Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan.
ini dapat memberi faedah dan manfaat kepada semua demi kepentingan bersama.
Kunjungilah kami selalu.
Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Negeri Sembilan Darul Khusus